Wednesday 7 September 2011

Hobi

Setelah penat bekerja seharian, kita perlukan hobi untuk mengalih perhatian diri dari kesibukan sehari-hari. Hobi juga membantu mengasah minda supaya lebih cergas dan tajam. Apa pun hobi yang dipilih, biarlah berfaedah. Jika menghasilkan wang, bukankah lebih bagus. Ada sumber pendapatan lain dan tiada had perolehannya. Asalnya mungkin sekadar hobi. Tapi bak kata orang, practice makes perfect. Dari hobi, muncul bakat yang tidak disangka.

Kadang-kadang, kita tidak tahu yang kita mungkin ada bakat terpendam yang berguna di kemudian hari. Seorang akauntan mungkin ada kemahiran menjahit manik baju yang cantik. Seorang computer programmer yang kaki karaoke, rupa-rupanya bersuara sedap dan kemudiannya diundang menyanyi di majlis-majlis. Seorang yang asalnya kaki shopping, rupa-rupanyanya mempunyai fashion sense yang hebat dan end up sebagai fashion consultant. Ada kenalan, seorang pegawai kanan kerajaan yang pandai buat coklat, semanis orangnya. Ada juga doktor yang bijak menulis, menggunakan blog sebagai media untuk mendidik masyarakat tentang bahayanya penipuan MLM lalu menjatuhkan kuncu-kuncu penyangak MLM satu persatu. Tuan Doktor Aidid, anda adalah hero!!!

Berbagai hobi jadi pilihan, gunakanlah ke arah kebaikan : )

Kasih Kek Cawan

Dulu, taklah pandai sangat bab-bab baking ni. Masak, ok. Lauk pauk, not bad. Bolehla. Untuk makan sehari-hari. Tapi bab roti, kek, biskut ni... agak lemau. Selemau biskut dalam balang yang tidak bertutup rapat. Penat timbang, ayak, adun.. sekali hasilnya bantat. Keras. Lecehnya!!!

Tapi kan, suka sangat dengan cupcakes@kek cawan. Suka dengan design, warnanya, manisnya dan cerianya. Lagipun senang tak payah nak potong-potong macam kek besar. Seksi pula nampaknya bila sebiji kek cawan dimakan perlahan-lahan. Teringat Carrie Bradshaw dalam Sex and the City.

Dijadikan cerita, hari lahir anak semakin dekat. Sebagai seorang emak, mahu buat sesuatu untuk anaknya walaupun dia belum faham lagi. Oh mak nak buat kek cawan. Nak sangat. Untuk anak mak.

Jadi mulalah surfing di internet, buku dan sebagainya untuk mencari resepi. Cuba dan cuba sampai nak menangis pun ada hehehe.

Ok kot ni...



Hasilnya

Selamat Hari Lahir, Sayang Mak : )

Walaupun sememeh, tapi yang penting semua happy : )

Monday 5 September 2011

Tentang rezeki

Belek-belek blog http://keretamayat.blogspot.com, menarik isinya. Follow la bila ada kelapangan. Sesekali kena gak insafkan diri, jangan pandang hal dunia je. Hehehe.

Petikan dari blog keretamayat artikel kereta mayat :

Ya, aku tahu, tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, kerana kurangnya hisab atas mereka, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..,


Rezeki kita manusia di dunia ni sebenarnya sama je. Cuma bentuk je berlainan. Ada orang rezekinya pada duit dan harta benda. Ada rezekinya mempunyai keluarga yang besar dan bahagia. Ada yang ramai anak. Ada yang tiada anak tapi suaminya baik dan dia bahagia. Suami yang baik juga rezeki. Begitu juga isteri. Ada yang tidak punya apa-apa tapi dikurniakan tubuh badan sihat dan jiwa yang tenang. Itu juga rezeki.


Jadi, kenapa kebanyakan dari kita hanya nampak rezeki tu dalam bentuk wang ringgit? Kenapa kita mesti sakit hati bila tengok kawan kita memandu kereta mahal, duit berkepuk dan shopping sana sini? Pernahkah kita ambil tahu bagaimana dia boleh layak menerima semua itu? Apakah pengorbanan yang telah dia lalui hingga dia berada di tempat dia sekarang? Adat dunia, you win some, you'll loose some.


Kita selalu melihat rumput di seberang padang sana lebih hijau. Kita lupa rumput kering tempat kita berdiri yang nampak kepam inilah tempat kita berpijak dan menampung kita. Kita benci melihat orang lain bersukaria berbelanja dan berpendapat dia patut belanja kita sekali. Kita bengang melihat dia bahagia dalam rumah besar agam dan kita tidak punya semua itu. Sepatutnya dia ajak kita menikmatinya bersama secara percuma. Kerana kau ada dan aku tiada maka apa yang kau ada, aku juga berhak merasa.


Jika orang lain juga berpendapat sedemikian terhadap kita, adakah kita setuju juga? 


Jika kita rasa kita susah, maka berusahalah. Bukan berusaha meminta-minta. Bekerjalah dan cari rezeki halal. Jangan buat MLM kerana itu menipu dan menganiaya orang lain. Kemudian kita tertanya-tanya mengapa kita tak senang? Mengapa duit kita tidak bertambah, makin hilang lah pulak? Kita terlupa mungkin rezeki yang kita dapat itu tidak berkat. MLM itu Haram dan Laknat. ( Sila rujuk blog http://aididmuaddib.blogspot.com untuk maklumat lanjut : )


Kalau berhutang pulak, bayarlah balik. jangan kerana kita tengok kawan kita berduit maka kita buat undang-undang sendiri - tak perlu bayar balik sebab dia dah kaya. Aduuhh.. itulah rasanya lebih baik hilang kawan sebab tak bagi pinjam duit. Sebabnya kalau bagi pinjam pun, hilang jugak dia hehe. 


Kalau kita sentiasa bersyukur, hati akan jadi lebih tenang dan gembira.



Maaf, Zahir dan Batin

Aidilfitri 2011. Masih meriah. Ada yang masih bercuti. Ada yang dah bekerja. Kalau kerja pun, mood sengal-sengal lagi rasanya. Statement biasa, terngiang-ngiang ketupat rendang padahalnya masih kemalasan mau cuti-cuti dan bergolek di rumah.

Bila tiba Aidilfitri, lancar di mulut mengucapkan Maaf Zahir dan Batin. Apakah hati juga ikhlas selancar ungkapan yang terbit? Seeloknya biarlah kita benar-benar bermaafan kerana belum tentu kita berpeluang lagi di Aidilfitri tahun depan.

Bagi pihak yang memaafkan, adakah kita juga ikhlas menerima permohonan maaf? Kerana ada sesetengah perkara itu begitu melukakan dan masih terasa sakitnya. Kalaulah berat hati untuk memaafkan, bagaimana? Kerana hidup pernah tunggang terbalik dan lara dek kerana pihak yang meminta maaf itu. Adakah sesenang itu juga melukakan perasaan, kemudian meminta maaf dan berlalu begitu saja? Entahlah.

Apapun, semoga setiap Aidilfitri menjadi kenangan indah dalam hidup masing-masing.