Belek-belek blog http://keretamayat.blogspot.com, menarik isinya. Follow la bila ada kelapangan. Sesekali kena gak insafkan diri, jangan pandang hal dunia je. Hehehe.
Petikan dari blog keretamayat artikel kereta mayat :
Ya, aku tahu, tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, kerana kurangnya hisab atas mereka, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..,
Rezeki kita manusia di dunia ni sebenarnya sama je. Cuma bentuk je berlainan. Ada orang rezekinya pada duit dan harta benda. Ada rezekinya mempunyai keluarga yang besar dan bahagia. Ada yang ramai anak. Ada yang tiada anak tapi suaminya baik dan dia bahagia. Suami yang baik juga rezeki. Begitu juga isteri. Ada yang tidak punya apa-apa tapi dikurniakan tubuh badan sihat dan jiwa yang tenang. Itu juga rezeki.
Jadi, kenapa kebanyakan dari kita hanya nampak rezeki tu dalam bentuk wang ringgit? Kenapa kita mesti sakit hati bila tengok kawan kita memandu kereta mahal, duit berkepuk dan shopping sana sini? Pernahkah kita ambil tahu bagaimana dia boleh layak menerima semua itu? Apakah pengorbanan yang telah dia lalui hingga dia berada di tempat dia sekarang? Adat dunia, you win some, you'll loose some.
Kita selalu melihat rumput di seberang padang sana lebih hijau. Kita lupa rumput kering tempat kita berdiri yang nampak kepam inilah tempat kita berpijak dan menampung kita. Kita benci melihat orang lain bersukaria berbelanja dan berpendapat dia patut belanja kita sekali. Kita bengang melihat dia bahagia dalam rumah besar agam dan kita tidak punya semua itu. Sepatutnya dia ajak kita menikmatinya bersama secara percuma. Kerana kau ada dan aku tiada maka apa yang kau ada, aku juga berhak merasa.
Jika orang lain juga berpendapat sedemikian terhadap kita, adakah kita setuju juga?
Jika kita rasa kita susah, maka berusahalah. Bukan berusaha meminta-minta. Bekerjalah dan cari rezeki halal. Jangan buat MLM kerana itu menipu dan menganiaya orang lain. Kemudian kita tertanya-tanya mengapa kita tak senang? Mengapa duit kita tidak bertambah, makin hilang lah pulak? Kita terlupa mungkin rezeki yang kita dapat itu tidak berkat. MLM itu Haram dan Laknat. ( Sila rujuk blog http://aididmuaddib.blogspot.com untuk maklumat lanjut : )
Kalau berhutang pulak, bayarlah balik. jangan kerana kita tengok kawan kita berduit maka kita buat undang-undang sendiri - tak perlu bayar balik sebab dia dah kaya. Aduuhh.. itulah rasanya lebih baik hilang kawan sebab tak bagi pinjam duit. Sebabnya kalau bagi pinjam pun, hilang jugak dia hehe.
Kalau kita sentiasa bersyukur, hati akan jadi lebih tenang dan gembira.
No comments:
Post a Comment