Tuesday 20 December 2011

DIY Scrub ala-ala Bodyshop/ LUSH gituuuuuu

Pernah terbaca di satu blog tentang cara-cara buat body scrub stail omputeh la. Kalau Bahasa Melayu.. kita panggil Penyental Badan atau lulur. Resepi Melayu biasanya guna beras pulut yang direndam beberapa hari lepas tu dijemur dan tumbuk halus. Campur dengan kunyit, daun pandan dan bunga-bunga, maka jadilah bahan pelulur badan yang bagus untuk kulit. Tapi kita ni kena pulak ibu-ibu yang bekerja ni mana ada masa nak menjemur pulut segala. Bedak kulit rambai pun ada jual, RM3.80 sepeket. Dua kali pakai dah habis. 

Kalau nak beli yang ala-ala natural dan organik macam produk-produk Bodyshop pulak... hmm harga boleh tahan. Jadi bila terjumpa artikel pasal DIY Scrub ni.. cuba buat lah. Memang best!! Kulit lembut, wangi dan yang penting jimat kos dan senang sangat nak buat. Ambil masa 15 minit je.

Bahasa omputehnya ialah 

DIY Brown Sugar & Spice Body Scrub


Bahan-bahan:

1 cawan gula perang (brown sugar)

1 cawan gula pasir

2 sudu teh serbuk kayu manis



2 sudu teh serbuk halia


2 sudu teh serbuk buah pala


¾ cawan minyak badam (Boleh juga guna minyak zaitun)



1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali minyak, gaul rata.
2. Masukkan minyak dan gaul sehingga semua bahan lembab diselaputi minyak.
3. Sendukkan bahan ke dalam balang kedap udara.
**Gunakan semasa mandi bagi menyental daki ; p
Ini yang saya gunakan sekarang. Simpan dalam balang IKEA untuk lebih nilai komersial : D

Cubalah!! Jimat dan berkesan.


Memperkenalkan... KAPKEK by WH


Semoga tahun 2012 membawa rezeki yang lebih lagi. Amin : )

Sunday 18 December 2011

Sumber Inspirasiku yang manis...


Inilah dia sumber inspirasi saya untuk turut buat cupcakes. Orangnya cantik, muda lagi. Suka sangat tengok kek, cupcakes dan biskut-biskutnya, secantik dan semanis orangnya.

Tapi diri ini masih lagi amatur : )

Antara kek- keknya:





Cantik-cantik kan

Sugar Cookies





Cupcakes





Cuteeee sangat-sangat!!! Bilalah nak dapat buat camni gak haihhhh



Antara demam dan harapan teman-teman

Minggu lepas adalah minggu stress di pejabat. Biasalah namapun kerja, mana-mana pun ada je ceritanya.  Serius dah hujung-hujung tu tak tahan sangat rasa, cabut kejap pergi spa. Sesi berurut 3 jam memang puas hati. Tukang urut kata urat-urat banyak dah keras. Stress katanya. Owh STRESS??? Perkataan yang agak sensitif sejak akhir-akhir ni hahaha.

Masuk hari Jumaat, badan dah lain macam. Demam terus. Bukan demam denggi, bukan demam panas. Tapi satu badan sakit. Agaknya badi stress sedang mahu melepaskan diri. Syuhhhh!! Pergi jauh-jauh!!!

Alhamdulillah pada hari Sabtu mampu bangun pagi dengan jayanya. Pukul 10 pagi dah siapkan bahan untuk order 2 kawan. Dua kotak Red Velvet dan 1 kotak Choc Chip Cupcakes.



Red Velvet yang moist untuk Mona yang manis : )


Red Velvet dan Choc Chip tema Angry Bird untuk Edlina 
yang sentiasa menghargai sahabat-sahabatnya : *

 Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesihatan dan kekuatan : )

Wednesday 14 December 2011

Cerita tentang Red Velvet





Kek Red Velvet hot betul sekarang. Sana sini orang mau Red Velvet. Kek ini tidaklah sangat di hati tapi sebab ramai yang minta, maka jadilah ia. 


Pencarian Red Velvet yang bagus bukan senang. Dah cuba kat banyak kedai, ada yang kering, peroi, merahnya terlampau terang.. macam-macam. Ada yang murah.. pernah beli sebijik Red Velvet sampai RM11.00 sebijik!! Taklah hebat mana pun, mungkin sebab guna keju mascarpone sebab tu mahal. Tapi tak patutlah sampai harga tu.


Dari mana asalnya Red Velvet ni? Kenapa hot sangat? Sebenarnya masa di Eropah dulu pada zaman perang, pembuat kek guna ubi bit yang direbus dan dicampur dalam adunan kek untuk warna dan kelembapannya. Dari situ lah asalnya. Kek Red Velvet juga merupakan signature dessert di Hotel Waldorf-Astoria pada zaman 1920 an, terkenal jugak di restoran-restoran dan kedai-kedai kek rangkaian Eaton di Kanada sekitar tahun 1940-1950an.


Ciri-ciri utama kek Red Velvet: cuka putih, baking soda dan buttermilk; menjadikan warna kemerahan dalam kek lebih terserlah bila bercampur serbuk koko. Hasilnya? gabungan sedikit masam, kecoklatan, warna yang menangkap mata dan lemak rasa frosting.. nilaikan sendiri.


Resepi untuk yang nak mencuba:



Red Velvet Cupcakes with Cream Cheese Frosting
Yield: 12 cupcakes
Prep Time: 15 minutes | Bake Time: 20 minutes
For the Cupcakes:
4 tablespoons unsalted butter, at room temperature
¾ cup granulated sugar
1 egg
2½ tablespoons unsweetened cocoa powder
3 tablespoons red food coloring
½ teaspoon vanilla extract
½ cup buttermilk
1 cup + 2 tablespoons all-purpose flour
½ teaspoon salt
½ teaspoon baking soda
1½ teaspoons distilled white vinegar
For the Cream Cheese Frosting:
4 ounces butter, at room temperature
4 ounces cream cheese, at room temperature
2½ cups powdered sugar
1 tablespoon vanilla extract
1. Preheat oven to 350 degrees F. Line a standard muffin/cupcake pan with liners.
2. On medium-high speed, cream the butter and sugar until light and fluffy, about 3 minutes. Turn the mixer to high and add the egg. Scrape down the bowl and beat until well incorporated.
3. In a separate small bowl, mix together the cocoa powder, vanilla extract and red food coloring to make a thick paste. Add to the batter and mix on medium speed until completely combined. You may need to stop the mixer to scrape the bottom of the bowl, making sure that all the batter gets color.
4. Reduce the mixer speed to low and slowly add half of the buttermilk. Add half of the flour and mix until combined. Scrape the bowl and repeat the process with the remaining milk and flour. Beat on high until smooth.
5. Again, reduce the mixer speed to low and add the salt, baking soda and vinegar. Turn to high and beat for another couple of minutes until completely combined and smooth.
6. Divide the batter evenly between the cupcake liners and bake for about 20 minutes, or until a thin knife or skewer inserted into the center of the largest cupcake comes out clean.
7. Cool for 10 minutes and then remove cupcakes from the pan and place them on a cooling rack to cool completely before frosting.
8. To make the frosting: Using the whisk attachment, whip the butter and cream cheese on high speed for about 5 minutes, scraping the bowl down as necessary. Reduce the speed to low and slowly add the powdered sugar until all is incorporated. Add the vanilla and mix to combine. Increase the speed to medium high and whip for a few minutes until the frosting is light and fluffy, scraping the bowl as necessary.
*Note: This recipe can be doubled to make an 8 or 9-inch layer cake.
Resepi dari Joy the Baker

Cupcakes, anyone?

Vanilla Cupcakes with Buttercream Frosting: RM50.00 per 16 cupcakes (Large size).





Red Velvet Cupcakes with Cream Cheese Frosting: RM60.00 per 16 cupcakes (Large size).







Chocolate Chip Cupcakes with Buttercream Frosting: RM55.00 per 16 cupcakes (Large size).




Chocolate Cupcakes with Peanut Butter Frosting: RM60.00 per 16 cupcakes (Large size).


Oreo Cookies Cupcakes with Oreo Buttercream Frosting: RM60.00 per 16 cupcakes (Large size).


For birthdays and theme parties (Baby shower etc):







Thank you for your support. Enjoy!!

Sehari selembar benang...

... lama-lama menjadi kain. Sesuai tak pepatah ni? Kalau dulu kek saya sememeh, sekarang dah ada permintaan dari kawan-kawan : )

Rainbow Cupcakes

 Vanilla cupcakes with buttercream frosting

Two-toned frosting


Fondant cupcakes

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menyokong dengan membeli dan mempromosi : )

Wednesday 7 September 2011

Hobi

Setelah penat bekerja seharian, kita perlukan hobi untuk mengalih perhatian diri dari kesibukan sehari-hari. Hobi juga membantu mengasah minda supaya lebih cergas dan tajam. Apa pun hobi yang dipilih, biarlah berfaedah. Jika menghasilkan wang, bukankah lebih bagus. Ada sumber pendapatan lain dan tiada had perolehannya. Asalnya mungkin sekadar hobi. Tapi bak kata orang, practice makes perfect. Dari hobi, muncul bakat yang tidak disangka.

Kadang-kadang, kita tidak tahu yang kita mungkin ada bakat terpendam yang berguna di kemudian hari. Seorang akauntan mungkin ada kemahiran menjahit manik baju yang cantik. Seorang computer programmer yang kaki karaoke, rupa-rupanya bersuara sedap dan kemudiannya diundang menyanyi di majlis-majlis. Seorang yang asalnya kaki shopping, rupa-rupanyanya mempunyai fashion sense yang hebat dan end up sebagai fashion consultant. Ada kenalan, seorang pegawai kanan kerajaan yang pandai buat coklat, semanis orangnya. Ada juga doktor yang bijak menulis, menggunakan blog sebagai media untuk mendidik masyarakat tentang bahayanya penipuan MLM lalu menjatuhkan kuncu-kuncu penyangak MLM satu persatu. Tuan Doktor Aidid, anda adalah hero!!!

Berbagai hobi jadi pilihan, gunakanlah ke arah kebaikan : )

Kasih Kek Cawan

Dulu, taklah pandai sangat bab-bab baking ni. Masak, ok. Lauk pauk, not bad. Bolehla. Untuk makan sehari-hari. Tapi bab roti, kek, biskut ni... agak lemau. Selemau biskut dalam balang yang tidak bertutup rapat. Penat timbang, ayak, adun.. sekali hasilnya bantat. Keras. Lecehnya!!!

Tapi kan, suka sangat dengan cupcakes@kek cawan. Suka dengan design, warnanya, manisnya dan cerianya. Lagipun senang tak payah nak potong-potong macam kek besar. Seksi pula nampaknya bila sebiji kek cawan dimakan perlahan-lahan. Teringat Carrie Bradshaw dalam Sex and the City.

Dijadikan cerita, hari lahir anak semakin dekat. Sebagai seorang emak, mahu buat sesuatu untuk anaknya walaupun dia belum faham lagi. Oh mak nak buat kek cawan. Nak sangat. Untuk anak mak.

Jadi mulalah surfing di internet, buku dan sebagainya untuk mencari resepi. Cuba dan cuba sampai nak menangis pun ada hehehe.

Ok kot ni...



Hasilnya

Selamat Hari Lahir, Sayang Mak : )

Walaupun sememeh, tapi yang penting semua happy : )

Monday 5 September 2011

Tentang rezeki

Belek-belek blog http://keretamayat.blogspot.com, menarik isinya. Follow la bila ada kelapangan. Sesekali kena gak insafkan diri, jangan pandang hal dunia je. Hehehe.

Petikan dari blog keretamayat artikel kereta mayat :

Ya, aku tahu, tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, kerana kurangnya hisab atas mereka, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..,


Rezeki kita manusia di dunia ni sebenarnya sama je. Cuma bentuk je berlainan. Ada orang rezekinya pada duit dan harta benda. Ada rezekinya mempunyai keluarga yang besar dan bahagia. Ada yang ramai anak. Ada yang tiada anak tapi suaminya baik dan dia bahagia. Suami yang baik juga rezeki. Begitu juga isteri. Ada yang tidak punya apa-apa tapi dikurniakan tubuh badan sihat dan jiwa yang tenang. Itu juga rezeki.


Jadi, kenapa kebanyakan dari kita hanya nampak rezeki tu dalam bentuk wang ringgit? Kenapa kita mesti sakit hati bila tengok kawan kita memandu kereta mahal, duit berkepuk dan shopping sana sini? Pernahkah kita ambil tahu bagaimana dia boleh layak menerima semua itu? Apakah pengorbanan yang telah dia lalui hingga dia berada di tempat dia sekarang? Adat dunia, you win some, you'll loose some.


Kita selalu melihat rumput di seberang padang sana lebih hijau. Kita lupa rumput kering tempat kita berdiri yang nampak kepam inilah tempat kita berpijak dan menampung kita. Kita benci melihat orang lain bersukaria berbelanja dan berpendapat dia patut belanja kita sekali. Kita bengang melihat dia bahagia dalam rumah besar agam dan kita tidak punya semua itu. Sepatutnya dia ajak kita menikmatinya bersama secara percuma. Kerana kau ada dan aku tiada maka apa yang kau ada, aku juga berhak merasa.


Jika orang lain juga berpendapat sedemikian terhadap kita, adakah kita setuju juga? 


Jika kita rasa kita susah, maka berusahalah. Bukan berusaha meminta-minta. Bekerjalah dan cari rezeki halal. Jangan buat MLM kerana itu menipu dan menganiaya orang lain. Kemudian kita tertanya-tanya mengapa kita tak senang? Mengapa duit kita tidak bertambah, makin hilang lah pulak? Kita terlupa mungkin rezeki yang kita dapat itu tidak berkat. MLM itu Haram dan Laknat. ( Sila rujuk blog http://aididmuaddib.blogspot.com untuk maklumat lanjut : )


Kalau berhutang pulak, bayarlah balik. jangan kerana kita tengok kawan kita berduit maka kita buat undang-undang sendiri - tak perlu bayar balik sebab dia dah kaya. Aduuhh.. itulah rasanya lebih baik hilang kawan sebab tak bagi pinjam duit. Sebabnya kalau bagi pinjam pun, hilang jugak dia hehe. 


Kalau kita sentiasa bersyukur, hati akan jadi lebih tenang dan gembira.



Maaf, Zahir dan Batin

Aidilfitri 2011. Masih meriah. Ada yang masih bercuti. Ada yang dah bekerja. Kalau kerja pun, mood sengal-sengal lagi rasanya. Statement biasa, terngiang-ngiang ketupat rendang padahalnya masih kemalasan mau cuti-cuti dan bergolek di rumah.

Bila tiba Aidilfitri, lancar di mulut mengucapkan Maaf Zahir dan Batin. Apakah hati juga ikhlas selancar ungkapan yang terbit? Seeloknya biarlah kita benar-benar bermaafan kerana belum tentu kita berpeluang lagi di Aidilfitri tahun depan.

Bagi pihak yang memaafkan, adakah kita juga ikhlas menerima permohonan maaf? Kerana ada sesetengah perkara itu begitu melukakan dan masih terasa sakitnya. Kalaulah berat hati untuk memaafkan, bagaimana? Kerana hidup pernah tunggang terbalik dan lara dek kerana pihak yang meminta maaf itu. Adakah sesenang itu juga melukakan perasaan, kemudian meminta maaf dan berlalu begitu saja? Entahlah.

Apapun, semoga setiap Aidilfitri menjadi kenangan indah dalam hidup masing-masing.