Tuesday 20 December 2011

DIY Scrub ala-ala Bodyshop/ LUSH gituuuuuu

Pernah terbaca di satu blog tentang cara-cara buat body scrub stail omputeh la. Kalau Bahasa Melayu.. kita panggil Penyental Badan atau lulur. Resepi Melayu biasanya guna beras pulut yang direndam beberapa hari lepas tu dijemur dan tumbuk halus. Campur dengan kunyit, daun pandan dan bunga-bunga, maka jadilah bahan pelulur badan yang bagus untuk kulit. Tapi kita ni kena pulak ibu-ibu yang bekerja ni mana ada masa nak menjemur pulut segala. Bedak kulit rambai pun ada jual, RM3.80 sepeket. Dua kali pakai dah habis. 

Kalau nak beli yang ala-ala natural dan organik macam produk-produk Bodyshop pulak... hmm harga boleh tahan. Jadi bila terjumpa artikel pasal DIY Scrub ni.. cuba buat lah. Memang best!! Kulit lembut, wangi dan yang penting jimat kos dan senang sangat nak buat. Ambil masa 15 minit je.

Bahasa omputehnya ialah 

DIY Brown Sugar & Spice Body Scrub


Bahan-bahan:

1 cawan gula perang (brown sugar)

1 cawan gula pasir

2 sudu teh serbuk kayu manis



2 sudu teh serbuk halia


2 sudu teh serbuk buah pala


¾ cawan minyak badam (Boleh juga guna minyak zaitun)



1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali minyak, gaul rata.
2. Masukkan minyak dan gaul sehingga semua bahan lembab diselaputi minyak.
3. Sendukkan bahan ke dalam balang kedap udara.
**Gunakan semasa mandi bagi menyental daki ; p
Ini yang saya gunakan sekarang. Simpan dalam balang IKEA untuk lebih nilai komersial : D

Cubalah!! Jimat dan berkesan.


No comments:

Post a Comment